Selamat Datang Ke Blog Kesihatan & Kecantikan
Krim Firmax3 RF3 World Malaysia
RF3 World Firmax3 Malaysia adalah salah sebuah syarikat e-dagang milik bumiputera yang memasarkan produk yang berkualiti untuk kesihatan, kecantikan dan memberi peluang perniagaan bagi semua golongan di Malaysia.Perniagaan ini juga dapat menambahkan pendapatan bagi yang ingin mencari pendapatan sampingan kerana setiap pembelian dan yang menjadi ahli firmax3 akan mendapat bonus dan gaji.
Produk RF3 World
RF3 World Malaysia mempunyai produk yang khusus untuk kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Terdapat empat (4) produk utama yang sering mendapat sambutan paling tinggi iaitu FIRMAX3, SOULMAX3, O2MAX3 dan SLIMAX3
Namun produk yang paling mendapat permintaan adalah Firmax3. Ianya adalah produk krim pertama RF3 World dan pertama di Malaysia menggunakan kaedah terapi dari bahan tumbuhan semulajadi tempatan.
Krim Firmax3
FIRMAX3 adalah krim yang diformulasikan menggunakan teknologi nano iaitu partikel dari bahan-bahan yang digunakan telah menjadi "Super Halus” sehinggakan jika disapu dan digosok pada kulit akan segera meresap dan terus ke peredaran darah.
Maka... Ianya dengan pantas memberikan manfaat yang amat berkesan untuk lebih sihat dan cantik. Krim Firmax3 ini juga dapat menyeimbangkan hormon. Hormon yang tidak seimbang menjadi penyebab kepada masalah kulit cepat tua dan mudah mendapat penyakit.
Kandungan Krim FIRMAX3 :
- Kigelia Africana - Extract Kigelia membantu menegang dan melembutkan kulit, Tindak balasnya dengan hormon berkeupayaan menghilangkan sel parut seterusnya mengembalikan ketegangan dan keanjalan kulit.
- Manjakani - Manjakani membaiki tisu mukosa dan sebagai pencegah jangkitan. Manjakani juga membantu dalam proses pemulihan tisu yang rosak.
- Pegaga (Centella Asiatica) - Tinggi Vitamin A and C. Membantu proses keratinization dan penyembuhan.Menggalakkan sintesis kolagen secara semulajadi.
- Yam Liar (Dioscorea Villosa) - Kandungan aktifnya, diosgenin boleh ditukarkan kepada phytohormone dengan aktiviti progesterone. Meningkatkan metabolisma. Antioksida dan merehatkan otot.
- Aloe Vera - Agen pelembap dalam produk penjagaan kulit. Menegang, merangsang dan membaharui kulit untuk kelihatan muda.
- Sel Asas Epal - Kandungan sel asas (stem cell) dalam Epal adalah tinggi. Sel asas tumbuhan seperti sel asas manusia berupaya untuk membentuk sel yang baru.
- Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) - diakui membantu dalam pembentukan testosterone, Ia digunakan untuk merawat "erectile dysfunction" dan pulmonary arterial.
- Ekstrak Soya - Soya mempunyai kandungan yang hampir sama dengan hormon wanita, kandungan aktif isoflavones boleh ditukarkan kepada pytohormone oleh estrogen. Selain itu ia membantu dalam masalah endocrine, sintesis collagen, juga sebagai agen pemutih dan pelembap.
- Kollagen - kollagen membantu proses pengantian “soft tissue” dan kartilage yang rosak. Menggantikan sel parut dengan sel yang baru dan sihat.
- Vitamin A - Membantu kulit melawan kerosakan akibat radikal bebas. Vitamin A larut dalam lemak membantu pembentukan sel baru kulit.
- Vitamin B3 - Vitamin B3 diperlukan untuk pernafasan sel, membantu penghasilan tenaga dan metabolisma karbohidrat, lemak dan protin, peredaran darah yang sempurna dan kulit yang sihat. Berkesan untuk merawat kadar kolesterol darah dan mencegah sakit jantung. Ia juga digunakan untuk merawat kencing manis, sakit sendi dan juga migrain.
- Vitamin B5 - Membantu mengawal paras kandungan kolestrol dalam saluran darah dan digunakan oleh badan untuk proses pemecahan karbohidrat serta protin kepada tenaga. Juga kebiasaannya digunakan dalam merawat dan mencegah jerawat.
- Vitamin E - Membantu mengurangkan kesan “stretch marks” juga menghalang kesan “age spots”, mengimbangi minyak pada kulit, mencegah lembapan hilang dari kulit dan menguatkan fungsi perlindungan kulit.